Search
Close this search box.
Rombongan Tabung Haji yang diketuai Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bersama dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Al-Mashariq Al Masiyah, Ali Hussein Al Bundugi ketika mengadakan lawatan ke tapak perkhemahan Jemaah Haji Malaysia bagi operasi Masyair. Foto Zen Hashim (TVS)

Kerjasama lebih 45 tahun TH, Mashariq capai matlamat manfaatkan jemaah

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 7 Jun: Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Al-Mashariq Al Masiyah, Ali Hussein Al Bundugi mahu memperkukuhkan lagi kerjasama erat bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dalam mengendalikan pengurusan haji bagi jemaah Malaysia pada masa akan datang.

Menurut Ali Hussein, kejayaan yang telah dilakar sepanjang lebih 45 tahun kedua-dua pihak itu menjalinkan kerjasama memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan sekali gus mencapai matlamat yang diinginkan para jemaah haji.

“Saya berharap jemaah haji pada tahun ini mendapat pengalaman haji yang cukup bermakna dan dapat dikenang. Dengan perkhidmatan yang cemerlang oleh pihak Mashariq sudah tentu kami berharap hubungan baik dengan Tabung Haji dapat terus diperkukuhkan.

“Kerjasama jangka panjang ini membolehkan perancangan strategik dibuat secara komprehensif, begitu juga persiapan awal. Ini bermakna kedua-dua pihak dapat menjangkakan keperluan dan cabaran masa depan, menjadikannya lebih mudah untuk menanganinya secara proaktif,” kata Ali Hussein kepada pemberita di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Kata Ali Hussein, kerjasama ini berjaya membuktikan keupayaan Tabung Haji sebagai organisasi yang cekap untuk menguruskan jemaah haji sehingga diiktiraf seluruh dunia.

“Contohnya, kerjasama ini membuahkan hasil apabila kami diberi penghormatan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk memilih lokasi perkhemahan di Arafah dan Mina dan ia menjadikan kelebihan yang besar kepada kami dan TH.

“Selain itu, kita dapat membuat beberapa penambahbaikan dan mewujudkan persekitaran inovasi seperti karpet dari hujung ke hujung di kedua-dua tapak perkhemahan, unit-unit penghawa dingin sebagai tambahan kepada penghawa dingin yang dibekalkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan stesen-stesen air minuman panas dan sejuk,” katanya lagi.

Untuk rekod selain Malaysia, China, Sudan serta Thailand, dua negara Afrika menjadi negara baharu yang diuruskan Syarikat Mashariq iaitu Guinea dan Rowanda.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan