Search
Close this search box.
Seramai 500 peserta mengambil bahagian dalam Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA 2024 peringkat Bahagian Betong di Dewan Panglima Rentap Betong, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Kehangatan SUKMA 2024 mula dirasai warga Betong

ByHafeezzur Muzamir

BETONG, 9 Jun: Seramai 500 peserta mengambil bahagian dalam Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA 2024 peringkat Bahagian Betong di Dewan Panglima Rentap Betong mengelilingi Bandar Baru Medan.

Betong yang menjadi lokasi kelapan jelajah larian itu menyaksikan para peserta menempuh laluan sejauh 3.5 kilometer dengan pelepasan larian itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan ADUN Krian, Friday Belik.

Gerald Rentap dalam ucapannya berkata, semangat dalam kalangan para peserta yang mengambil bahagian dalam larian baton itu memperlihatkan kesediaan negeri ini dalam menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.

“Saya pagi ini amat bangga kerana melihat penyertaan di peringkat Betong ini bukan sahaja melibatkan adik-adik (pelajar), wakil rakyat dan ketua masyarakat, tetapi semua warga di kawasan ini yang bersama-sama menghabiskan larian.

“Ini menunjukkan kita (Sarawak) telah bersedia menjadikan Sarawak juara keseluruhan SUKMA kali ini,” katanya ketika berucap pada Jelajah Larian Baton Peringkat Betong di sini, hari ini.

Jelajah di sini turut diserikan dengan acara senamrobik, selain aktiviti sukaneka rakyat menyenaraikan beberapa permainan seperti batak lampong, ‘music chair,’ sepak raga bulatan, menganyam ketupat, lastik botol dan ‘zero point.’

Untuk rekod Betong tersenarai sebagai venue pertandingan melibatkan acara angkat berat pada temasya Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan