Search
Close this search box.
Aksi beregu lelaki negara Man Wei Chong dan Kai Wun Tee menentang gandingan China Liang Wei Keng dan Wang Chang pada pusingan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024 di Istora Senayan hari ini. Foto Bernama

Juara Asia lebur impian Wei Chong-Kai Wun di Terbuka Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 9 Jun: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terlepas peluang mengekalkan kemenangan set pertama apabila gagal meraih kejuaraan Terbuka Indonesia di Istora Senayan di sini, hari ini.

Pada perlawanan akhir, pasangan nombor 20 dunia itu terpaksa akur tewas kepada gandingan ranking kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-19, 16-21, 12-21 dalam masa 55 minit.

Beregu negara itu masih belum menewaskan pasangan juara Asia dari China itu dalam empat pertemuan sejak dua tahun lalu.

“Dalam perlawanan penentuan, mereka pantas memperoleh rentak mereka…jadi sukar untuk kami mengejar.

“Masih banyak yang perlu kami belajar terutama dari segi keyakinan dan mentaliti. Bagaimanapun, prestasi kami begitu tidak teruk dalam kejohanan ini,” kata Wei Chong.

Dalam pada itu Kai Wun berkata: “Dalam set pertama mereka hanya mengikut gaya permainan kami dan menukar strategi pada set penentuan sehingga tidak dapat memperoleh mata. Kini akan membuat persiapan menghadapi Terbuka Jepun dan Korea Selatan.”

Selaku naib juara, Wei Chong-Kai Wun memperoleh hadiah wang tunai US$45,500 (RM213,500) manakala Wei Keng-Chang meraih US$96,200 (RM451,557).

Terdahulu, dalam acara perseorangan lelaki, pemain China, Shi Yu Qi muncul juara selepas menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen, 21-9, 12-21, 21-14.

Gelaran juara perseorangan wanita menjadi milik pemain China Chen Yu Fei apabila menundukkan pemain pilihan pertama dari Korea Selatan, An Se Young 21-14, 14-21, 21-18.

Dalam acara beregu wanita, pilihan kedua kejohanan dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee muncul juara selepas menewaskan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 21-17, 21-13.

Acara beregu campuran pula dimenangi pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin selepas menewaskan rakan senegara, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-11, 21-14. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan