Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri meneliti sebahagian daripada makanan tradisi yang akan disajikan pada Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 Edisi Hari Malaysia. Foto TVS

Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 tarikan terbaharu penggemar makanan tradisi

KUCHING, 9 Jun: Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 Edisi Hari Malaysia bakal menemui penggemar makanan bermula 13 hingga 15 September depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, festival ini kelak bukan sahaja menyajikan serta meraikan keunikan warisan dan keistimewaan gastronomi rentas etnik di Sarawak, malah menjadi simbol perpaduan pelbagai kaum di Sarawak dan Malaysia.

“Festival ini akan mengetengahkan program yang akan membangkitkan bukan sahaja selera malah menyemarakkan keterujaan anda pada kepelbagaian jenis makanan. Selain itu, terdapat juga pakar masakan serta chef yang akan menyediakan pelbagai resipi serta hidangan bufet gastronomi mega yang akan menyajikan makanan serta minuman yang mewakili hidangan terbaik Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 Edisi Hari Malaysia di Kampung Budaya Sarawak di sini, pada Ahad.

Tambah Nancy, konotasi dan mesej program ini tidaklah terhad pada makanan dan bahan makanan tradisional sahaja, malah aspek perpaduan kaum menerusi juadah unik setiap etnik di Sarawak.

Malah, Nancy turut menyarankan agar keunikan kulinari dari etnik-etnik serta kawasan pedalaman Sarawak seharusnya ditonjolkan pada festival kali ini.

Seramai 200 usahawan daripada pelbagai segmen meliputi makanan serta minuman, kraftangan serta kesenian bakal menyertai festival ini kelak.

Menariknya kata Nancy lagi, kemasukan ke Kampung Budaya Sarawak adalah percuma sepanjang festival tersebut berlangsung.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Abdul Aziz Husain, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datu Ismawi Ismuni, Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman dan Presiden Persatuan Gastronomi Sarawak, Datu Edwin Abit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan