Search
Close this search box.
Dua cedera selepas kereta Toyota Vios dipandu dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah pikap dałam kemalangan jalan raya di Brooke Drive Rejang Park, Sibu, malam tadi. Foto JBPM

Dua cedera, kereta dipandu langgar belakang pikap

SIBU, 9 Jun: Dua cedera selepas kereta Toyota Vios dipandu dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah pikap dałam kemalangan jalan raya di Brooke Drive Rejang Park di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.48 malam dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dan dipercayai kereta jenis Toyota Vios telah melanggar bahagian belakang kenderaan jenis Ford Ranger.

“Seorang lelaki, penumpang kenderaan jenis Toyota Vios telah tersepit di tempat duduk hadapan berjaya dikeluarkan pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dalam keadaan sedar telah mengalami kecederaan di bahagian kepala serta kaki dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala pemandu kenderaan jenis Toyota Vios mengalami kecederaan ringan.Pemandu lelaki, serta tiga penumpang kesemuanya wanita kenderaan jenis Ford Ranger tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan