Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Business Connect, Mona Abdul Manap, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Pengarah Borneo Business Connect, Nadzeem Abd Rahman ketika sidang media selepas melakukan lawatan di tapak pameran bagi APGH 2024 hari ini. Foto TVS

APGH 2024: Industri hidrogen Sarawak dijangka terima lebih 10,000 tenaga kerja

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 9 Jun: Industri hidrogen di Sarawak dijangka akan mampu menerima lebih 10,000 tenaga kerja menerusi Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, pertemuan Sarawak bersama delegasi yang lain menjadi platform terbaik untuk bersemuka dengan pemain dan pakar industri hidrogen.

“Barisan delegasi dijangka akan dapat melihat kemudahan dan infrastruktur serta kuasa hijau daripada hidrogen yang ditawarkan oleh Kerajaan Sarawak. Ia juga merangkumi rangka kerja pengawalseliaan dan latihan sumber manusia seperti yang kami lakukan sekarang.

“Tentunya bilangan pekerja akan meningkat bagi Sarawak dan kita dijangka akan dapat menerima lebih 10,000 kerana satu tumbuhan akan memerlukan dalam 1,000 pekerja,” katanya ketika sidang media selepas melakukan lawatan di tapak pameran bagi APGH 2024 di sini, hari ini.

Tambahnya, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) akan mewakili Sarawak dan bakal menjadi syarikat utama bagi industri hidrogen di wilayah ini.

Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Business Connect, Mona Abdul Manap berkata, APGH 2024 ini dilihat sebagai platform yang sesuai untuk syarikat tempatan dalam meneroka cara memulakan industri hidrogen ini.

APGH 2024 anjuran Borneo Business Connect Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) dan Business Events Sarawak (BESarawak) akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 10 hingga 12 Jun ini.

Sebanyak 500 delegasi persidangan dan 50 penceramah akan menyertai acara tersebut, selain lebih 4,000 pengunjung dari dalam dan luar negara yang dijangka hadir pada acara yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan