Search
Close this search box.
Rita Rudaini memberi bayangan mahu mengundur diri daripada industri hiburan dan menumpukan kepada anak-anaknya. Foto Muqri Aziz (TVS)

24 tahun dalam industri hiburan, Rita Rudaini beri bayangan mahu undur diri

ByMuqri Aziz

KUCHING, 9 Jun: Setelah 24 tahun berkecimpung dalam dunia seni hiburan tanah air, Rita Rudaini memberi bayangan mahu mengundur diri untuk memberi tumpuan penuh kepada keluarga tercintanya.

Rita yang menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-18 pada tahun 2004 melalui filem Mami Jarum Junior itu turut berkata, evolusi industri hiburan yang kini tertumpu kepada pengolahan filem dan drama yang diadaptasikan dari novel mahupun buku menyebabkan beliau lebih rela duduk di rumah bersama anak-anaknya.

Beliau menjelaskan pengarah drama pada zaman dahulu mempunyai karya yang baik dan asli serta daya kreativiti yang tinggi yang memberi cabaran buatnya untuk menempuh dalam industri hiburan.

“Saya berpandangan pengarah lebih suka mengambil jalan mudah dengan mengadaptasikan drama mereka daripada novel. Adapatasi drama dari novel bagi saya seperti kita mengambil atau meniru cerita daripada orang lain dan disebabkan itu saya tidak berapa gemar sangat dan lebih suka cerita yang kita reka sendiri.

“Saya sangat memilih jika ditawarkan oleh pihak produksi untuk sesuatu drama dan kalau saya tengok jalan ceritanya amat sama dengan drama-drama yang lain, saya tolak kerana bagi saya sangat membuang masa di dalam set penggambaran,” katanya ketika ditemui selepas program bual bicara Anggun terbitan TVS di sini hari ini.

Ditanya mengenai projek filemografi kegemarannya sepanjang bergelar anak seni, Rita berkongsi drama Rafflesia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang disiarkan di TV2 pada 2005 menjadi sebuah filemografi kegemarannya.

Rita berkongsi hal ini kerana jalan ceritanya sangat menarik dan naskhahnya begitu asli yang tidak diadaptasikan daripada mana-mana novel pada ketika itu.

Dalam pada itu, beliau meluahkan kekecewaannya melihat industri pada masa kini dipenuhi dengan pelakon yang tidak mempunyai jiwa dalam seni lakonan mereka.

Katanya, populariti seseorang itu kini ‘ditagih’ oleh pengarah daripada seorang anak seni yang sepatutnya layak diketengahkan.

“Zaman saya dahulu, hendak masuk ke sesebuah stesen televisyen untuk membintangi drama mereka amat susah dan apabila saya dapat masuk ke sesebuah stesen itu, saya tahu saya dapat atas keringat usaha dan merit saya sebagai seorang anak seni.

“Sekarang ini, berjoget-joget di dalam media sosial sudah boleh ditawarkan untuk menjadi pelakon utama dan saya perhatikan apabila mereka melakon, mereka tidak menjiwa watak itu dan sebaliknya berlakon dengan cara mereka sendiri,” kongsinya lagi.

Tambah Rita, beliau menyifatkan pelakon yang dilamar oleh pengarah daripada kalangan pempengaruh itu tidak berkualiti dan seolah-olah tidak menghormati sesuatu pekerjaan yang menjadi platform anak seni mempersembahkan karya mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan