Search
Close this search box.
Hasil rampasan wanita disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah pada Khamis lepas jam sekitar 7:30 petang di sebuah rumah kawasan Miri. Foto IPD Miri

Wanita warga emas ditahan, disyaki edar dadah di Miri

MIRI, 8 Jun: Seorang wanita warga emas telah ditahan susulan disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah pada Khamis lepas di sebuah rumah di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, penahanan wanita tempatan berusia 60 tahun itu turut menemui barangan yang disyaki dadah jenis syabu seberat 70.2 gram dianggarkan bernilai RM7300.50.

“Turut disita juga ialah wang tunai dan barang kemas dianggarkan berjumlah RM77,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson memberitahu kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman bagi membantu siasatan dan reman dijalankan bermula 7 sehingga 12 Jun ini.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dinasihatkan untuk segera membuat laporan ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan