Search
Close this search box.
Larian sejauh 4.4 kilometer (km) itu bermula pada jam 7:35 pagi diketuai oleh dua ikon sukan dari Sarikei iaitu bekas atlet pencak silat Sarawak, Ibrahim Japar dan bekas atlet tukul besi Sarawak, Lu Teck Yii. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

SUKMA 2024: Dua ikon sukan ketuai Jelajah Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI di Sarikei

ByHafeezzur Muzamir

SARIKEI, 8 Jun: Dua ikon sukan dari Sarikei iaitu bekas atlet pencak silat Sarawak, Ibrahim Japar dan bekas atlet tukul besi Sarawak, Lu Teck Yii mengetuai jelajah Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Sarikei yang menjadi destinasi ketujuh jelajah larian itu turut menyaksikan seramai 500 peserta mengambil bahagian pada acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Integrasi Kampung Seberang Sarikei.

Terdahulu, larian baton berkenaan telah disempurnakan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab yang turut mengambil bahagian dalam larian sejauh 4.4 kilometer (km) itu bermula pada 7:35 pagi tadi.

Jelajah di sini turut diserikan dengan acara senamrobik, Sarawak X-Tive, pameran SUKMA dan pertandingan mewarna logo SUKMA.

Seterusnya Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 akan diteruskan ke lokasi kelapan iaitu di Bahagian Betong, pada esok.

Untuk rekod, SUKMA Sarawak 2024 menyaksikan Sarikei tidak disenaraikan dalam sembilan bahagian yang terlibat menganjurkan 488 acara keseluruhannya.

Pada temasya kali ke-21 ini, sebanyak 37 jenis sukan akan dipertandingkan lyang terbahagi kepada 236 acara kategori lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran.

Temasya sukan dwitahunan terbesar di negara ini dijangka menghimpunkan seramai 12,619 atlet dan pegawai dari semua negeri yang bertanding. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan