Search
Close this search box.
Mayat Sable Paying, 52, dijumpai hanya tinggal rangka oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di laluan ke kebun mangsa dalam radius 200 meter dari lokasi motosikal mangsa dijumpai hari ini. Foto JBPM

Selepas 40 hari hilang, mayat pencari rebung ditemukan tinggal rangka

SRI AMAN, 8 Jun: Selepas 40 hari hilang ketika keluar mencari rebung berhampiran Rumah Suyong Stumbin di sini, mayat seorang lelaki dijumpai hari ini.

Mayat Sable Paying,52, dijumpai hanya tinggal rangka oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di laluan ke kebun mangsa dalam radius 200 meter dari lokasi motosikal mangsa dijumpai pada jam 11.35 pagi tadi.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, PPgB Andrew Vengitasamy berkata, pihak BBP Sri Aman telah menerima maklumat daripada pihak polis IPD Sri Aman manyatakan operasi SAR disambung semula kerana ada penemuan terbaru daripada pihak polis iaitu motosikal mangsa.

“Operasi SAR dijalankan hari ini setelah 40 hari dari tarikh operasi SAR terakhir ditangguhkan pada 28 April lalu dengan tumpuan pencarian sekitar tempat penemuan terbaharu lokasi motosikal mangsa.

“Operasi SAR turut dibantu oleh Unit K9 Bomba, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, SAR bergerak ke lokasi pencarian mangsa hilang di Jalan Bakong berdekatan dengan Loji Pam Air Stumbin, menggunakan kaedah Anjing Pengesan (Unit K9) dan sweeping.

“Rangka mangsa telah dijumpai pasukan SAR, di laluan ke kebun mangsa dalam radius 200 meter dari lokasi motosikal dijumpai dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selajutnya,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan