Search
Close this search box.
Dewan Rakyat: KUSKOP salur pembiayaan RM731.2 juta di Sarawak. Foto, TVS.

Sarawak perlu bersedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 – Hasbi

BySalasiah Safian

LIMBANG, 8 Jun: Pelbagai langkah perlu diambil dalam usaha menjadikan Sarawak sebagai destinasi pilihan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, kerajaan kini giat melakukan persediaan termasuk menaiktaraf lapangan terbang, meningkatkan jumlah penerbangan antarabangsa, selain menyediakan kemudahan yang lengkap dan mesra pelancong.

Dalam pada itu, beliau mahu Sarawak turut dipromosikan sebagai destinasi wajib untuk dilawati para pelancong seiring dengan perkembangan potensi pelancongan yang ada di Bumi Kenyalang.

“Kalau di Semenanjung berhabis-habisan sudah promosi dan kita di Sarawak jangan ketinggalan. Kenapa saya mengatakan begini kerana saya di Kementerian Pengangkutan dari segi agensi pengangkutan dan sebagainya built up untuk menyambut kedatangan pelancong tahun 2026 berhabis-habisan, ubah suai lapangan terbang. Kami juga ingin mahu tahu berapa peratus pelancong yang akan masuk ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Kebudayaan dan Pementasan Sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau Edisi Ke-19 di Batu Danau di Limbang, malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Limbang mahu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bekerjasama ke arah merealisasikan hasrat itu selain meminta peranan media mempromosikan pelancongan di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan