Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama dengan agensi itu bermula dari faktor Sarawak yang memegang garis dasar Protokol London memandangkan Malaysia belum mempunyai protokol mengenai perdagangan karbon. Foto Muhammad Raffiq (TVS)

Sarawak jalin kerjasama dengan Bank Dunia perhebat perdagangan karbon

ByIzzah Kamilah Yunus

SIMUNJAN, 8 Jun: Kerajaan Sarawak kini bekerjasama dengan Bank Dunia untuk memperhebatkan lagi perdagangan karbon.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama dengan agensi itu bermula dari faktor Sarawak yang memegang garis dasar Protokol London memandangkan Malaysia belum mempunyai protokol mengenai perdagangan karbon.

Sarawak jalin kerjasama dengan Bank Dunia perhebat perdagangan karbon.

“Kita belum mempunyai sebarang protokol mengenai karbon tetapi pada masa sama, kita bergantung kepada garis dasar yang membantu dalam mengira isipadu karbon sekali gus prinsip mengenai kredit karbon.

“Contohnya bagi karbon dalam spesis pokok bakau, harganya akan menjadi lain kerana penyimpanan yang lebih baik. Ini mendorong mengapa protokol itu harus wujud,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Hari Hutan Antarabangsa 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Hutan Simpan Sabal di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, perkara sebegini harus dimulakan dan Sarawak telah diberi sokongan dari Kerajaan Persekutuan.

“Dalam konvensyen antarabangsa interaksi berlaku di antara Kerajaan Persekutuan (Government to Government) namun kita hanya Kerajaan Negeri sahaja.

“Saya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah baik lagi Rang Undang-Undang berkenaan sudut tenaga,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara inisiatif dalam memperkasa hal ehwal karbon melalui teknologi hutan adalah menerusi kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Kajian Alam Sekitar Kebangsaan Jepun dalam menjalani latihan teknologi perhutanan iaitu kaedah penganalisaan data Light Detection dan Ranging (LiDAR).

Teknologi berkenaan digunakan dalam penentuan isipadu pokok serta penganggaran karbon. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan