Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto fail TVS

Sarawak berjaya tanam pokok ke-35 juta, capai agenda Nasional Penghijauan Malaysia – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

SIMUNJAN, 8 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyempurnakan simbolik penanaman pokok ke-35 juta di wilayah ini sempena Hari Hutan Antarabangsa 2024 peringkat Negeri Sarawak di Hutan Simpan Sabal di sini, hari ini.

Simbolik berkenaan sekali gus menandakan Sarawak berjaya mencapai sasaran setahun awal dalam tempoh lima tahun selaras dengan Agenda Nasional Penghijauan Malaysia iaitu penanaman 100 juta pokok menjelang tahun 2025 menerusi Penghijauan Malaysia dan Greening Sarawak Campaign yang diterajui oleh Jabatan Hutan Sarawak.

Kejayaan dalam mencapai sasaran berkenaan menurut Abang Johari mencerminkan Sarawak sebagai penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di Malaysia.

“Hutan di Sarawak meliputi kadar peratusan sebanyak 42 peratus daripada 18.05 juta hektar keseluruhan kawasan berhutan di Malaysia atau 7.65 juta hektar (62 peratus) daripada keseluruhan kawasan tanah negeri.

“Sudah tentu ini menjadi kejayaan buat kita dalam pengurusan hutan. Kerajaan juga mengurangkan kadar pembalakan hutan kepada lebih kurang 2 juta meter padu setahun,” kata beliau dalam majlis hari iini.

Menurut beliau lagi sehingga kini Sarawak mempunyai 26 Unit Pengurusan Hutan yang telah dipersijilkan merangkumi keluasan 2.38 juta hektar dan 7 Unit Pengurusan ladang hutan meliputi kawasan seluas 97,966 hektar.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammed. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan