Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Abang Johari semasa Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2024 peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini. Foto Muhammad Raffiq (TVS)

RM50 juta diperuntuk bangunkan Kompleks Sabal – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

SIMUNJAN, 8 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan berjumlah RM50 juta diluluskan bagi membangunkan Kompleks Sabal, di sini.

Beliau optimis pusat pelbagai guna (multi purpose centre) itu bakal menjadi satu lagi destinasi penting berkaitan hal ehwal penyelidikan termasuk spesis pokok sekali gus mengiktiraf Hutan Simpan Sabal ini sebagai hutan simpan yang tertua di Sarawak.

RM50 juta diperuntuk bagi pembinaan Kompleks Sabal.

“Saya bertanya kepada Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammed mengenai kos bagi Kompleks Sabal ini. Beliau menyatakan jumlahnya adalah sebanyak RM50 juta dan saya bersetuju memperuntukkan dana bagi kompleks ini untuk melihat apa juga yang boleh dilakukan untuk pengurusan hutan ini.

“Selain dari penyelidikan, saya juga melihat tempat ini sesuai untuk aktiviti rekreasi seperti aktiviti pendakian, tempat perkhemahan dan penggambaran,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2024 peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari pada masa sana turut mencadangkan agar Hutan Simpan Sabal terbabit dijadikan sebagai satu lagi blok ekopelancongan.

“Selain menikmati keindahan, para pengunjung yang misalnya berada dalam keadaan kurang sihat atau baru keluar dari hospital boleh mengunjung ke sini untuk menghirup oksigen sebagai ‘post treatment’,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammed dalam ucapannya berkata setelah siap kelak, Kompleks Sabal akan menempatkan bangunan pejabat, kuarters kakitangan, fasiliti penyelidikan dan tujuan rekreasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan