Search
Close this search box.
Anggota BBP Lawas ketika melakukan pencarian remaja yang dilaporkan hilang. Foto BBP Lawas

Remaja autisme dikhuatiri hilang di Trusan

LAWAS, 8 Jun: Operasi mencari seorang remaja perempuan autisme yang dikhuatiri hilang di Kampung Murud Suang, Trusan, di sini dijalankan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata, operasi mencari mangsa yang hilang Stevelyne Sari Simon,18, dilakukan selepas menerima panggilan daripada Balai Polis Lawas jam 2.29 petang.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sepasukan anggotanya bersama pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

“Sektor pencarian dipecahkan kepada dua zon dan radius pencarian adalah sejauh lima kilometer di kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil pencarian yang dijalankan masih belum menemui kesan dan jejak mangsa.

Operasi pencarian katanya, ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan akan disambung semula pada pagi Ahad. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan