Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah. Foto Awang Azmil (TVS)

Pesta Babulang dan Lumba Kerbau platform menyatupadukan kumpulan etnik Bisaya

BySalasiah Safian

LIMBANG, 8 Jun: Pesta Babulang dan Lumba Kerbau menjadi platform menyatupadukan kumpulan etnik Bisaya, kata Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah.

Hasbi memberitahu aset adat dan budaya ini dapat diangkat sebagai produk ekopelancongan sekali gus meningkatkan sosioekonomi masyarakat Bisaya dalam tempoh jangka panjang.

“Dengan kesempatan ini, saya ingin menyeru supaya masyarakat Bisaya kekal bersatu padu antara satu sama lain bagi memastikan suara komuniti ini didengar oleh pelbagai pihak yang berkenaan.

“Perpecahan akan menyebabkan masyarakat Bisaya akan menjadi mundur dan tidak dapat bersaing dengan masyarakat yang lain,” katanya.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Malam Kebudayaan dan Pementasan sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 di sini, pada Jumaat.

Kerajaan negeri lulus RM1 juta untuk naik taraf tapak Pesta Babulang – Hasbi

Hasbi menyifatkan komuniti Bisaya telah mempamerkan satu contoh yang amat baik serta membuktikan semangat yang tinggi dalam menjayakan acara yang berprestij berkenaan.

Pesta Babulang dan Lumba Kerbau pada tahun ini diraikan dengan tema “Sapakat Nagap Adat”. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan