Search
Close this search box.
Perpaduan masyarakat di Betong yang berbilang kaum dan agama terserlah dalam Perarakan Gawai Dayak Peringkat Betong 2024 yang disertai lebih 3,000 peserta, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Perpaduan rakyat warnai Perarakan Gawai Dayak Peringkat Betong 2024

ByAdlina Rahman

BETONG, 8 Jun: Perpaduan masyarakat di Betong yang berbilang kaum dan agama mewarnai Perarakan Gawai Dayak Peringkat Betong 2024 dengan penyertaan lebih 3,000 peserta, hari ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting berkata, sambutan hari ini menyaksikan keharmonian dan perpaduan Sarawak yang utuh sejak sekian lama.

“Semangat Gawai bukan sahaja di Betong, Kuching, dan Miri tetapi di seluruh Sarawak. Ia adalah semangat perpaduan yang dibina bersama, itulah keindahan yang kita ada di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk merasmikan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Betong 2024, di Kompleks Sukan Betong di sini, pada Sabtu.

Sebanyak 43 kontinjen telah mengambil bahagian terdiri daripada PIBG sekolah rendah, sekolah rendah dan menengah, jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun swasta serta Ketua Kaum rumah panjang atau kampung, NGO dan masyarakat setempat.

Turut hadir, bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Datuk Gerald Jabu dan tetamu kehormat lain.

Dalam pada itu, Sebastian menyifatkan negeri ini amat bertuah berikutan memiliki 34 kumpulan etnik dan telah lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Ini katanya atas usaha pemimpin Sarawak yang terdahulu dan kini dalam memupuk semangat perpaduan dan keharmonian bersama antara kaum dan agama.

“Selama bertahun-tahun pemimpin terdahulu Sarawak telah mengajar, menerapkan nilai (perpaduan) seperti ini untuk hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni.

“Pemimpin kita sekarang, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga melakukan perkara sama,” katanya.

Oleh itu beliau menambah, rakyat harus terus memelihara, melindungi serta mempromosikan keamanan dan keharmonian yang ada di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan