Search
Close this search box.
Pemenang Anugerah Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2022 itu mendedahkan lagu berkenaan mengisahkan tentang luahan rasa rindu terhadap seseorang yang berada di kejauhan atau insan tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya.

Lagu baharu Vanessa Reynauld, ‘Erti Rindu’ jentik perasaan pendengar

ByWani Azmi

KUCHING, 8 Jun: Lontaran vokal merdu Vanessa Reynauld dalam lagu terbaharunya, berjudul ‘Erti Rindu’ diakui telah menjentik hati pendengar hingga menitiskan air mata.

Pemenang Anugerah Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 2022 itu mendedahkan lagu berkenaan mengisahkan tentang luahan rasa rindu terhadap seseorang yang berada di kejauhan atau insan tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya.

Menurut Vanessa dirinya telah menjalin kerjasama dengan produser, Affan Mazlan yang juga merupakan pencipta lagu berkenaan.

Berkongsi lanjut, Vanessa memberitahu Affan mengarahkannya menukar gaya nyanyian demi menjiwai lagu tersebut.

Meskipun berbeza dengan gaya aslinya, Vanessa berani menyahut cabaran dan berjaya melontarkan lagu Erti Rindu’ seperti yang diharapkan Affan.

“Saya harap para pendengar akan menerima lagu ini dengan hati yang terbuka dan menyukai karya ini seperti mana saya menyukainya. Lebih penting, saya harap semua orang boleh merasai maksud lagu ini dan akan memutarkannya berkali-kali,” katanya.

Dengarkan Erti Rindu daripada Vanessa Reynauld sekarang melalui semua platform digital seperti Apple Music, YouTube, YouTube Music, dan Spotify.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan