Search
Close this search box.
Kehadiran pengunjung semasa Program Jelajah Kolej Laila Taib di Times Square Bintulu pada Sabtu. Foto TVS

Kolej Laila Taib tawar tujuh kursus peringkat diploma kepada anak Sarawak

BINTULU, 8 Jun: Kolej Laila Taib yang terletak di Bahagian Sibu menawarkan pendidikan percuma bagi tujuh kursus peringkat diploma kepada anak Sarawak dan warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Pegawai Pemasaran Kolej Laila Taib, Dennis Meringgai berkata, tawaran biasiswa untuk pelajar Bumiputera Sarawak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut diberikan secara percuma.

Kolej Laila Taib tawar pendidikan percuma kepada pelajar lepasan SPM.

Tajaan tersebut katanya, merangkumi yuran pengajian serta kemudahan tempat tinggal sepanjang tempoh pengajian di kolej berkenaan.

“Dengan memiliki tiga kredit sahaja lepasan SPM boleh menyambung pelajaran secara percuma di kolej ini.

“Kami akan memberi biasiswa juga bersama tajaan penuh secara percuma, 100 peratus program dari Kolej Laila Taib secara percuma yang kami maksudkan yuran pengajian dan juga tempat tinggal juga disediakan secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikan semasa ditemui pemberita semasa Program Jelajah Kolej Laila Taib di Times Square Bintulu di Bintulu pada Sabtu.

Program tersebut yang dijalankan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad bertujuan bertemu pelajar lepasan SPM dan ibu bapa mereka bagi memberi penerangan lebih jelas mengenai kursus–kursus yang ditawarkan di kolej tersebut.

Tambahnya, bagi yang berkelayakan, mereka akan ditawarkan terus memasuki Kolej Laila Taib bagi sesi kemasukan Jun 2024, pengambilan kemasukan ke kolej yang bertempat di bandar Sibu itu terbahagi kepada tiga sesi iaitu Mac, Jun dan November.

“Kepada adik-adik ataupun kepada ibu bapa yang berada di Bintulu boleh datang berkunjung ke Bintulu Times Square untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci mengenai program yang kami tawarkan di Kolej Laila Taib.

“Sekiranya masih ragu–ragu dengan program yang kami tawarkan maka datang dan bertanya kepada kami dan kami sedia membantu ibu bapa dan adik–adik yang baru lepasan SPM dan STPM. Syarat minimum pelajar–pelajar lepasan SPM adalah lulus tiga kredit sahaja dan wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah sudah layak untuk memohon program–program di Kolej Laila Taib,” jelasnya.

Pada masa ini, kolej tersebut menawarkan tujuh program diploma, iaitu perakaunan, pengurusan perniagaan, seni bina, seni bina dalaman, ukur kuantiti, kejuruteraan elektrik dan elektronik serta kejuruteraan awam dengan tempoh pengajian selama dua tahun empat bulan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan