Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah di Majlis Perasmian Malam Kebudayaan dan Pementasan sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024. Turut hadir ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang. Foto Awang Azmil (TVS)

Kerajaan negeri lulus RM1 juta untuk naik taraf tapak Pesta Babulang – Hasbi

BySalasiah Safian

LIMBANG, 8 Jun: Kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi projek menaik taraf kemudahan tapak Pesta Babulang.

Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah optimis inisiatif berkenaan akan memberi manfaat kepada masyarakat Bisaya di sini.

“Saya berharap projek ini dapat dilaksanakan dengan segera dan dengan demikian, masyarakat Bisaya boleh menggunakan kemudahan dewan yang lebih baik, gerai jualan yang lebih teratur serta pentas terbuka yang lebih cantik di masa hadapan.

“NRDA juga telah menerima cadangan daripada ADUN Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang bagi pembinaan Projek Tebingan Sungai Tapak Pesta ini. Saya percaya, cadangan ini akan dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Malam Kebudayaan dan Pementasan sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, berhubung dengan hasrat Persatuan Bisaya untuk memohon kawasan tambahan untuk tujuan Pesta Babulang dan aktiviti lainnya, beliau dan Paulus Palu akan menanjangkan hasrat itu kepada kepada kepimpinan Kerajaan Sarawak.

Menyedari kepentingan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau dalam pembangunan sosioekonomi, maka Kerajaan Sarawak telah meluluskan pemberimilikan tiga lot tanah di Tapak Pesta ini kepada Persatuan Bisaya Sarawak.

Penganjuran Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 kali ini memasuki edisi ke-19 selain menjadi kebanggaan Kaum Bisaya pesta itu turut menjadi ikon kepada masyarakat di Utara Sarawak, khasnya Daerah Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan