Search
Close this search box.
Masih belum ada sebarang petunjuk ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang dikhuatiri lemas di Rumah Tury, Sungai Baron, Sarikei, hari ini. Foto JBPM

Belum ada sebarang petunjuk ditemukan dalam SAR warga emas dikhuatiri lemas di Sarikei

SARIKEI, 8 Jun: Masih belum ada sebarang petunjuk ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang dikhuatiri lemas di Rumah Tury, Sungai Baron di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, operasi SAR yang memasuki hari kedua hari ini dibahagikan kepada empat sektor iaitu A,B,C dan D.

“Operasi hari ini tertumpu di sektor C dan D radius pencarian 1.5 kilometer teknik pencarian (fan searching). Pihak polis dan penduduk kampung turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat di sektor C.

“Setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk sepanjang operasi SAR dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi di sektor D dibahagi kepada dua kumpulan SAR, kumpulan pertama membuat pencarian di antara sektor C dan D. Manakala kumpulan kedua membuat pencarian di sektor D lokasi belakang rumah panjang yang telah ditetapkan.

“Mangsa masih gagal dijumpai dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 5.14 petang dan disambung esok hari,” ujarnya.

Dalam kejadian tengah hari Khamis, adiknya menyedari mangsa Lenya Sigat, 62, tiada di rumah dan memeriksa di lokasi tempat mangsa mandi iaitu di sebatang anak sungai berhadapan Rumah Tury. Bagaimanapun, mangsa tiada di tempat tersebut.

Usaha awal mencari bersama penduduk kampung telah dilakukan dan telah menjumpai tong cat berwarna putih beserta barangan seperti sabun dan pakaian milik mangsa dijumpai telah hanyut anggran 100 meter dari lokasi tempat mandi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan