Search
Close this search box.
Paulus menyerahkan cenderamata kepada Hasbi pada Majlis Nakod Babulang,sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau hari ini. Foto TVS

Batu Danau nikmati pelbagai projek pembangunan di bawah NRDA – Paulus

LIMBANG, 8 Jun: Pelbagai projek pembangunan di Limbang termasuk di Batu Danau berjaya disiapkan hasil komitmen berterusan Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dengan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata, antara projek yang telah siap melibatkan Anjung Usahawan Nanga Medamit, Tebingan Sungai Nanga Medamit, Bangunan Perpustakaan Desa Batu Danau serta kerja-kerja pembaikan sekolah daif.

“Harapan kita adalah projek-projek lain seperti pembinaan jalan dan projek bekalan air dari Medamit ke Pulau Brunei, Bekalan Air Bersih dari simpang jalan Pengkalan Jawa ke Kampung Ukong dan seterusnya ke Tanah Merah dan pembinaan Rangkaian Jalan Sarawak Sabah (SSLR) daripada Lawas ke Miri menerusi Limbang tanpa melalui Brunei Darussalam dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Nakod Babulang Sempena Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 di Batu Danau hari ini.

Jelas Paulus lagi, kerajaan juga sentiasa meningkatkan capaian telekomunikasi di kawasan Batu Danau.

Beliau berharap supaya 21 daripada 34 menara telekomunikasi bagi kawasan tersebut akan dapat beroperasi tahun ini.

Selain itu katanya, pihaknya sudah mengemukakan cadangan dan permohonan kepada NRDA untuk membina Tebingan Sungai Batu Danau bagi memudahkan acara-acara sungai diadakan seperti acara rakit, perlumbaan bot laju pada Pesta Babulang dan Lumba Kerbau setiap tahun.

Menyentuh mengenai pesta itu katanya, ia platform terbaik untuk menghidupkan kembali sukan tradisional dan juga sambutan Nakod Babulang iaitu satu majlis atau cara yang penuh makna pada zaman dahulu agar tidak hilang ditelan dek zaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan