Search
Close this search box.
Ular sawa sepanjang lima meter berjaya ditangkap APM Tanjung Manis pada Jumaat. Foto APM Tanjung Manis

Ular sawa lima meter ‘masuk’ sekolah di Belawai

TANJUNG MANIS, 7 Jun: Kemunculan seekor ular sawa sepanjang lima meter menggemparkan pekerja kantin sebuah sekolah menengah di Belawai, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu disedari oleh salah seorang daripada pekerja kantin sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tanjung Manis untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai Pertahanan Daerah Tanjung Manis, Left (PA) Md Azan Sadie berkata, pasukannya mengambil masa hampir setengah jam untuk menangkap reptilia itu.

“Kehadiran ular sawa itu disedari ketika pekerja itu sedang mengemaskan kawasan kantin berkenaan.

“Ketika asyik membersihkan kawasan itu dia terkejut apabila ternampak seekor ular sawa besar sedang berlingkar di bawah meja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggota APM terpaksa melakukan tangkapan dengan penuh berhati-hati bagi mengelak haiwan itu bertindak agresif.

“Reptilia itu berjaya ditangkap kira-kira jam 12.05 tengah hari sebelum dilepaskan ke dalam hutan jauh dari penempatan penduduk,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar jangan bertindak sendiri dan lebih berhati-hati sekiranya reptilia itu masuk ke dalam rumah masing-masing.

“Sebagai langkah keselamatan mereka perlu menghubungi pihak APM atau bomba.Tindakan sendiri boleh mengundang bahaya apatah lagi jika tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan haiwan ini, ” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan