Search
Close this search box.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.17 malam sebelum operasi ditamatkan pada 11.17 malam. Foto JPBM Sabah

Tindakan pantas bomba Sandakan kawal kebakaran selamat 340 rumah

ByBernama

SANDAKAN, 7 Jun: Tindakan pantas dan kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan mengawal kebakaran, berjaya menyelamatkan 340 rumah kayu di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui bagaimanapun berkata dalam kejadian itu, 13 rumah atas air musnah terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sepasukan BBP Sandakan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 13 kilometer dari balai selepas menerima panggilan kebakaran pada 6.05 petang, ketua operasi melaporkan kawasan yang terbakar melibatkan keluasan satu ekar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.17 malam sebelum operasi ditamatkan pada 11.17 malam dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan 111 orang daripada 20 keluarga dipindahkan akibat kejadian tersebut.

“Mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi yang dibuka 8.30 malam tadi. Mereka yang dipindahkan terdiri 60 orang dewasa dan 51 orang kanak-kanak,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan