Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn menerima cenderamata semasa Peramian Pameran Pendidikan sempena Karnival Gawai di Siburan pada Jumaat. Foto TVS

SEEP bermula tahun ini, tingkat prestasi SPM di Sarawak setanding kebangsaan

SIBURAN, 7 Jun: Program Pemantapan Pendidikan Sarawak (SEEP) bakal bermula tahun ini sebagai inisiatif meningkatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak setanding dengan purata kebangsaan dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurutnya program tersebut disediakan khas untuk pelajar dari Tingkatkan Tiga hingga Tingkatan Lima bermula pada tahun ini.

Roland memberitahu program berkenaan akan merangkumi jenis tuisyen yang berbeza selain ia akan memberi lebih penekanan tentang bagaimana untuk mencapai keputusan yang baik.

“Kami akan mulai tahun ini untuk memastikan bahawa terdapat satu program yang direka oleh kementerian kami bersama-sama dengan guru-guru untuk pelajar.

“Jenis tuisyen yang berbeza di mana ia akan memberi lebih penekanan tentang bagaimana untuk mencapai keputusan yang baik,” katanya.

Beliau berucap semasa Peramian Pameran Pendidikan sempena Karnival Gawai di Siburan pada Jumaat.

Tambahnya, program SEEP menyasarkan untuk mendapatkan lebih ramai pelajar tingkatan empat dan lima pergi ke kolej bagi menyediakan graduan untuk pekerjaan masa hadapan.

Usaha tersebut adalah sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid Sarawak 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan