Search
Close this search box.
Pasukan SAR melakukan pencarian di lokasi kejadian di Sungai Baron Sarikei. Foto BBP Sarikei

SAR wanita hilang di Sungai Baron Sarikei ditangguh

SARIKEI, 7 Jun: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita yang dilaporkan hilang di Sungai Baron di sini, ditangguhkan petang tadi susulan tiada sebarang petanda baharu ditemui setakat ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, sebelum ini usaha awal mencari bersama penduduk kampung hanya menjumpai tong cat berwarna putih dan barangan seperti sabun dan pakaian dipercayai milik wanita berusia 62 tahun itu.

Kesemua barangan itu katanya, ditemui hanyut kira-kira 100 meter dari lokasi tempat mangsa dipercayai mandi.

“Pencarian pertama bermula pada Khamis namun ditangguhkan pada jam 1 pagi berikutan keadaan persekitaran gelap.

“Operasi SAR bersambung semula Jumaat tetapi, sehingga jam 5 petang tadi kita gagal mememui sebarang petanda yang menunjukkkan keberadaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang pada Khamis itu, mangsa dilaporkan hilang selepas pergi ke Sungai Barom berhampiran Rumah Tury.

Mahmudin berkata, adik mangsa yang menyedari ketiadaan wanita itu di rumah mereka kemudiannya memeriksa lokasi tempat mangsa dipercayai mandi namun gagal menemuinya.

“Laporan kehilangan wanita itu kemudiannya dibuat anggota keluarganya di balai polis berhampiran sebelum operasi SAR dilancarkan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan