Search
Close this search box.
Dua suspek (tengah dan dua kanan) yang diberkas polis berkaitan kes curi kenderaan. Foto PDRM

Pistol angin antara barangan dirampas dengan penangkapan dua suspek curi kenderaan

BySaibi Gi

KUCHING, 7 Jun: Dua suspek curi kenderaan ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 5 Jun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superitenden Merbin Lisa berkata dua lelaki yang berumur 23 dan 29 tahun itu ditangkap bersabit kes curi kenderaan di kawasan Bintawa pada 17 Mei.

“Turut dirampas bersama tangkapan adalah sebuah motokar jenis Isuzu Trooper, bersabit dengan kes d atas (curi), sepucuk pistol angin, serta pakaian dan peralatan curi kenderaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan awal dapati kedua-dua suspek, masing-masing mempunyai empat dan lapan rekod tangkapan lampau melibatkan kesalahan penyalahgunaan dadah dan jenayah.

Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine.

Menurutnya lagi, suspek kini direman selama empat hari sehingga 10 Jun 2024 bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti penglibatan dengan kes jenayah lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

“Polis menyeru orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi pusat kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan