Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata MOTAC sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan Sarawak sebelum mengeluarkan pekeliling menghentikan permohonan MM2H. Foto TVS

Pertimbangkan keputusan henti permohonan MM2H babitkan Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 7 Jun: Keputusan menghentikan operasi permohonanan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dikhuatiri menjejaskan sektor pelancongan khususnya di Sarawak.

Sehubungan itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap agar Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) mempertimbangkan keputusan menghentikan permohonanan MM2H yang turut membabitkan Sabah dan Sarawak.

Pertimbangkan keputusan henti permohonan MM2H babitkan Sarawak dan Sabah | TVS

“Kedua-dua negeri ini mempunyai syarat berlainan sedikit untuk MM2H. Contohnya di Sarawak, pemohon perlukan RM150,000 deposit tetap berbanding RM1 juta di Semenanjung.

“Sebab itu permintaan program di negeri ini melonjak naik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak Rainforest World Music Festival (RWMF) di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata MOTAC sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebelum mengeluarkan pekeliling itu.

“Kalau MOTAC tidak mahu lanjutkan program itu sebab sedang fikirkan untuk wujudkan dasar sendiri, maka laksanakanlah dasar itu di Semenanjung sahaja, jangan kacau (MMH2) Sabah dan Sarawak,” katanya.

Difahamkan, MOTAC telah mengeluarkan pekeliling bertarikh 27 Mei 2024 kepada semua ejen berlesen yang mengendalikan permohonan MM2H, termasuk di Sabah dan Sarawak, untuk menghentikan operasi mereka.

katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan