Search
Close this search box.
Kawasan bencana di Papua New Guinea yang mengorbankan lebih daripada 2,000 orang. Foto fail AFP

Papua New Guinea akan pindahkan ribuan penduduk terjejas tanah runtuh

ByBernama

ISTANBUL, 7 Jun: Kerajaan Papua New Guinea pada Khamis mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan penduduk yang terjejas dari lokasi bahaya tanah runtuh besar yang mengorbankan lebih daripada 2,000 orang.

Perdana Menteri James Marape mendedahkan rancangan untuk memindahkan 7,849 orang yang terjejas dari Zon Bencana Mulitaka ke lokasi sementara di dalam Wilayah Enga, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, pengurusan untuk penempatan semula kekal sedang dibuat, lapor media tempatan.

“Kerajaan akan memperoleh tanah jauh dari lokasi bencana dan kami akan menempatkan orang ramai jauh dari kawasan yang tidak stabil,” kata Marape.

Penilaian geoteknikal yang dijalankan oleh pakar dari pasukan pertahanan New Zealand dan Australia mendapati bahawa zon bencana kekal tidak stabil.

Pakar mencadangkan pemindahan dan perubahan infrastruktur di wilayah ini, termasuk pembinaan jalan pintas baharu, kerana jalan sedia ada yang terkubur di bawah runtuhan tetap terdedah kepada tanah runtuh tambahan.

Tanah runtuh yang berlaku sebelum subuh pada 24 Mei itu menimbus rumah, infrastruktur, dan tanah pertanian di bawah lapan meter tanah dan serpihan. Kerajaan Oceania itu menganggarkan lebih daripada 2,000 orang tertimbus di bawah tanah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan