Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi Foto TVS

KKR peruntuk RM24 juta untuk tingkat keselamatan jalan raya di Labuan

ByBernama

LABUAN, 7 Jun: Sebanyak RM24.55 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek jalan raya sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengguna di pulau bebas cukai ini tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata kesemuanya merangkumi penyelenggaraan jalan raya, cerun, jambatan di kawasan kampung, menaik taraf jalan yang kerap berlaku kemalangan serta menyelenggara lampu syarat dan lampu jalan.

“Projek yang dijalankan ini melibatkan pengeluaran 26 perintah kerja dan 15 perolehan kerja bagi pelaksanaan segera projek-projek berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kolej Matrikulasi Labuan di sini hari ini.

Beliau menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan konsisten dalam melaksanakan penyenggaraan jalan persekutuan sejajar dengan Program MY Jalan KKR, yang bermatlamat menyediakan infrastruktur lebih baik kepada rakyat.

Menurut Nanta daripada jumlah berkenaan, RM1.3 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf persimpangan tiga di Jalan Penghulu Tuah, di sini yang merupakan kawasan kerap berlaku insiden kemalangan.

“Tanggungjawab kita adalah memastikan jalan raya yang selamat, sehubungan itu usaha menaik taraf persimpangan termasuk memasang lampu isyarat penting bagi mengurangkan kemalangan di kawasan itu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan