Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berkunjung ke tapak RWMF di Kampung Budaya Sarawak, Kuching, hari ini.

Kerabat diraja antara tetamu kehormat ke RWMF

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 7 Jun: Kerabat diraja serta pemimpin dari luar Sarawak dijangka menjadi antara tetamu kehormat Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan senarai pihak kenamaan atas faktor-faktor tertentu.

“Ini menunjukkan pemilihan artis dan persembahan tahun ini cukup baik, sekali gus, menarik minat mereka untuk hadir,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak RWMF di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, di sini hari ini.

Bertemakan “Evolusi”, RWMF 2024 bakal berlangsung pada 28 hingga 30 Jun ini melibatkan 20 persembahan terdiri daripada 68 pemuzik antarabangsa dari 14 negara bersama 63 artis Malaysia.

Mac lalu, beliau mengumumkan pemuzik legenda yang juga pemenang anugerah Grammy dan Golden Globe dari Jepun, Kitaro, akan membuat kemunculan istimewa pada RWMF edisi ke-27 tahun ini.

Abdul Karim berkata lagi persiapan kini berjalan lancar dengan tapak RWMF dijangka siap tidak lama lagi.

“Saya tahu mereka yang bekerja sepanjang hari, siang dan malam sedang menyiapkan astaka ini kerana mereka mempunyai kurang 20 hari lagi sebelum berlangsungnya RWMF 2024.

“Tetapi mereka telah berjanji bahawa ia dapat disiapkan dalam masa 10 hari,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan