Search
Close this search box.
Datuk Dr Jerip Susil menerima cenderahati semasa Majlis Perasmian Pertandingan Dayung Sangon dan Dari Pogan 2024 sempena Karnival Gawai Dayak Bahagian Serian di Siburan pada Khamis. Foto TVS

Karnival Gawai Dayak pentas melestarikan budaya, seni dan kreativiti

SIBURAN, 7 Jun: Penganjuran Karnival Gawai Dayak 2024 bertujuan mempromosikan perayaan itu akan membantu memastikan kelestarian budaya, seni dan seni kreatif asal komuniti Iban, Bidayuh serta Orang Ulu.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil berkata, karnival tersebut menyediakan platform bagi masyarakat dari pelbagai kaum dan agama merasai pengalaman unik sambutan Gawai Dayak khususnya di sekitar Bahagian Serian.

“Terdapat juga pameran serta ceramah yang menawarkan peluang untuk pendidikan, latihan dan keusahawanan dalam komuniti, melalui program-program seperti karnival pendidikan dan kerjaya, program upskilling komuniti dan gerai jualan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Pertandingan Dayung Sangon Dan Dari Pogan 2024 sempena Karnival Gawai Dayak Bahagian Serian di Dewan Manggeng Kampung Masaan Siburan di sini, malam tadi.

Jerip berkata, karnival tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari itu turut memberi fokus untuk mempopularkan permainan tradisional yang merupakan aset bangsa serta mempunyai daya tarikan tersendiri.

Ia berlangsung selama tiga hari bermula pada 6 Jun sehingga 8 Jun 2024.

Dalam pada itu, Dr Jerip berkata Pertandingan Dayung Sangon dan Dari Pogan akan melengkapkan aturcara Sambutan Hari Gawai Dayak dalam komuniti Bidayuh.

Acara tersebut katanya akan memberi banyak manfaat kepada peserta dengan mengetengahkan bakat yang ada dalam kalangan peserta serta membina keyakinan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan