Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap semasa majlis pemeteraian MoU antara Innocement dan PWS Industries di sebuah hotel di Kuching pada Jumaat. Foto Radzi Ahmad (TVS)

Hanya jalan bertingkat dibina di atas tanah gambut – Abang Johari

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 7 Jun: Kerajaan Sarawak memutuskan hanya akan membina jalan bertingkat (elevated road) di atas tanah gambut pada masa akan datang, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas beliau keputusan berkenaan dibuat susulan penilaian Kerajaan Sarawak berhubung jalan yang dibina di atas tanah gambut akan beralun atau bergelombang, tidak kira langkah yang diambil untuk mengukuhkan pembinaan jalan tersebut.

“Kita telah belajar banyak daripada pembinaan jalan Samarahan-Asajaya setelah enam tahun.

“Jadi kita akan mengubah pendekatan kita, dan saya telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat kajian bagi bina jalan bertingkat di atas tanah gambut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Innocement Sdn Bhd dan PMW Industries Sdn Bhd di Dewan Asajaya, Hotel Grand Margherita di sini pada Jumaat.

Beliau menjelaskan lagi, setelah masalah jalan yang beralun dapat diselesaikan, maka jalan bertingkat itu juga akan memakan kos penyelenggaran yang lebih rendah.

“Allayarham Tun Taib telah cuba menggunakan lapisan ‘karpet’ untuk mengukuhkan jalan (atas tanah gambut), tetapi ia tidak berkesan.

“Jadi bagi saya, lebih baik bina jalan bertingkat. Pemandu akan lebih selesa dengan tiada gelombang (jalan),” katanya.

Tambah Abang Johari, pembinaan jalan bertingkat juga bermakna tanah gambut dibawahnya tidak disentuh, dan seterusnya boleh dijadikan ‘carbon storage’.

“Kalau kita tidak tutup karbon dalam tanah gambut, maka kita boleh tuntut kredit carbon dan jadikan ia sebagai komponen dalam dagangan karbon kita,” jelas beliau.

Pendekatan ini juga menurut Abang Johari membolehkan tanah gambut menjadi sebahagian daripada ekonomi hijau Sarawak memandangkan wilayah ini memilki tanah gambut yang meluas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan