Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh beramah mesra bersama murid-murid ketika melakukan lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam baru-baru ini. Foto Bernama

Enam agenda KPM sokong hala tuju negara

ByBernama

LABUAN, 7 Jun: Lembaran reformasi pendidikan menginjak kepada perkara dasar dalam pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan selari dengan keperluan dunia semasa.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Who berkata enam agenda dikenal pasti Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menyokong hal tuju negara termasuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Agenda lain adalah pendidikan digital; pemerkasaan kurikulum sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM); Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); peluasan dan pengukuhan prasekolah; serta pelan pendidikan dan kurikulum prasekolah.

“Inilah gerak kerja yang kita sedang beri perhatian bagi memastikan agenda reformasi pendidikan bergerak tangkas agar kualiti pendidikan anak-anak kita bermutu tinggi dan relevan seiring zaman.

“Sehubungan itu, enam pasukan khas telah ditubuhkan untuk memacu pelaksanaan enam keutamaan ini secara konsisten,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Siap Kolej Vokasional Labuan hari ini.

Wong berkata dalam konteks kolej vokasional (KV), untuk merealisasikan hasrat reformasi pendidikan di KV, Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) turut mengalami perubahan dan ditambah baik selaras dengan keperluan semasa dengan beberapa aspek baharu dalam bidang tertentu.

“Antaranya ialah industri automotif, kereta elektrik (EV) dan teknologi hidrogen mula menyusuri jalan raya di seluruh pelosok negara,” katanya.

Wong berkata transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa sistem pendidikan TVET dalam melahirkan tenaga mahir dan negara berpendapatan tinggi.

Katanya pensijilan yang ditawarkan KV bermula peringkat sijil hingga ke peringkat diploma kemahiran diakreditasi oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA), Malaysia Board of Technologists (MBOT), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Peperiksaan (LP).

Berdasarkan Laporan Kebolehpasaran Graduan Kolej Vokasional Tahun 2022 melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG), kebolehpasaran graduan KV secara keseluruhannya adalah sebanyak 99.38 peratus, katanya.

Dalam pada itu, peratus kebolehpasaran graduan KV yang bekerja dalam bidang pula adalah sebanyak 73.49 peratus.

Katanya kementeriannya juga menyedari kepentingan bidang Kecerdasan Buatan (AI) yang akan diintegrasikan ke dalam kurikulum vokasional terutamanya untuk program Teknologi Maklumat, Teknologi Komputeran, Teknologi Animasi 3D dan Teknologi Reka Bentuk Grafik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan