Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis di Hospital Serian, hari ini. Foto TVS

Bahagian Serian catat Indeks Kesejahteraan Sosial tertinggi di Sarawak

SERIAN, 7 Jun: Bahagian Serian mencatatkan kadar indeks tertinggi dalam Kajian Indeks Kesejahteraan Sosial di Sarawak bagi tahun 2023 dengan skala 7.48 pada tahap sederhana.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kadar yang direkodkan bahagian berkenaan adalah yang tertinggi antara bahagian lain di Sarawak.

“Bahagian Serian mencatat indeks yang lebih tinggi berbanding kadar indeks negeri Sarawak secara keseluruhan iaitu 7.18,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis Kepada Hospital Serian di sini, hari ini.

Katanya, dalam kajian tersebut tunjang Keharmonian Sosial menunjukkan indeks 7.84 manakala tunjang Kesihatan dan Perlindungan Sosial mencatatkan indeks terendah iaitu 6.85.

Justeru, beliau berharap Kerajaan Persekutuan serta kerajaan Sarawak dapat berbincang mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah utama yang dirisaukan rakyat Sarawak khususnya berkait isu kesihatan melibatkan peralatan dan infrastruktur.

Indeks Kesejahteraan Sosial Sarawak 2023 merupakan satu pangkalan data kesejahteraan rakyat Sarawak yang komprehensif berpandukan 10 tunjang utama iaitu, Institusi Keluarga, Pembangunan Kapasiti, Perumahan, Keharmonian Sosial, Keselamatan Awam, Tanggungjawab Sosial, Ruang Sosial dan Infrastuktur, Tadbir Urus dan Amalan Baik, Kelestarian Alam Sekitar serta Kesihatan dan Perlindungan Sosial.

Pada majlis itu, seunit mesin hemodialisis bernilai RM41,150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak diserahkan kepada Unit Hemodialisis Hospital Serian bagi kegunaan pesakit buah pinggang.

Fatimah berkata, JKM Sarawak memperoleh 24 mesin hemodialisis untuk diagihkan di seluruh Sarawak dengan keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM987,600.

“Selain bantuan kewangan kita juga sediakan mesin ini sebab kita tahu bahawa ada mesin yang rosak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan