Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi memberi penghormatan terakhir kepada Koperal (B) Etin Jam di Dewan Suarah Kuching, hari ini. Foto, Odleen Catherny (TVS).

TYT Sarawak, isteri beri penghormatan terakhir kepada Etin

ByOdleen Catherny

KUCHING, 6 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Koperal (B) Etin Jam di Dewan Suarah Kuching, di sini, pada 2.30 petang tadi.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Terdahulu, jasad mendiang penerima anugerah tertinggi negara Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) itu tiba di Dewan Suarah di sini kira-kira pukul 1 petang tadi.

Jasad mendiang diterbangkan dari Miri dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diusung dengan keranda yang dibalut dengan Jalur Gemilang sebagai menghargai jasa dan pengorbanan kepada negara.

Mendiang Etin, 83, yang meninggal dunia di Hospital Miri pada Selasa akibat penyakit kanser paru-paru akan disemadikan di Makam Pahlawan Kuching, esok.

Pada 6 Julai 1972 atas jasa dan pengorbanan semasa berkhidmat dalam PDRM, Etin telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) oleh Yang di-Pertuan Agong kelima, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Berikutan pemergian Etin, kini hanya tinggal tiga lagi penerima warga emas anugerah SP di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan