Search
Close this search box.
Rombongan Tabung Haji yang diketuai Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Al-Masyariq Al-Masiyah Mr Ali Hussein Bunduqji ketika mengadakan lawatan tapak perkhemahan di Mina Foto Zen Hashim (TVS)

TH tambah baik kemudahan khemah jemaah Muassasah di Mina

ByLuqman Muhammad

MINA, 5 Jun: Perkhemahan jemaah Muassasah pada operasi Masyair tahun ini telah ditambah baik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji 1445H/2024.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, langkah berkenaan menjadikan perkhemahan jemaah Muassasah negara hampir setaraf dengan perkhemahan jemaah yang menggunakan khidmat pakej.

Katanya antara penambahbaikan hasil kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) dengan Syarikat Mashariq pada tahun ini adalah seperti penggunaan ‘gypsum board’ sebagai dinding perkhemahan, selain menambah jumlah tandas.

Tapak perkhemahan di Mina Foto Zen Hashim (TVS)

“Pada tahun ini juga, kita tambah pendingin hawa untuk jemaah haji Malaysia sahaja. Ini satu kelebihan dan penambahbaikan kepada jemaah haji Muassasah,”katanya.

Terdahulu, beliau meninjau tapak perkhemahan Masyair di Arafah dan Mina pada Isnin.

Selain itu kata beliau permaidani dalam khemah juga ditukar kepada yang lebih tebal dan selesa.

“Ini akan memberi keselesaan kepada jemaah haji apabila mereka duduk di dalam khemah ini sepanjang tiga atau empat hari nanti,” ujarnya.

Syed Saleh berkata, penambahbaikan yang dilakukan ini menunjukan kesungguhan TH untuk memberi perkhiamatan yang terbaik kepada jemaah haji negara melaksanakan ibadah Rukun Islam kelima ini dengan penuh tertib dan sempurna.

Dalam pada itu Syed Saleh memaklumkan, setakat ini persiapan perkhemahan bagi operasi Masyair berada dalam keadaan yang memuaskan dan mampu menampung 2,800 jemaah bagi setiap maktab bergantung kepada keluasannya.

“Apa yang boleh kita simpulkan bahawa di Arafah tahap persiapannya mencapai 70 peratus manakala di Mina hampir 80 peratus dan insya-Allah kita mengharapkan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang beberapa hari sebelum jemaah haji kita bergerak ke Arafah dan Mina,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan