Search
Close this search box.
Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terus melakar kejutan apabila mengetepikan cabaran pemain ranking ketiga dunia dari Indonesia Jonatan Christie pada pusingan pertama Terbuka Indonesia 2024 hari ini. Foto fail AFP

Terbuka Indonesia: Jun Hao lepasi halangan pertama singkir Jonatan Christie

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terus melakar kejutan apabila mengetepikan cabaran pemain ranking ketiga dunia dari Indonesia Jonatan Christie pada pusingan pertama Terbuka Indonesia 2024 hari ini.

Pemain di ranking ke-32 dunia itu bagaimanapun dipaksa bermandi peluh dalam pertarungan 62 minit di Stadium Istora, Senayan di Jakarta dengan meraih kemenangan set pertama 21-13 sebelum tewas pada set kedua 16-21 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set penentuan, Jun Hao mempamerkan permainan cukup baik dengan mengutip satu persatu mata untuk mendahului di depan Christie sebelum menoktahkan kemenangan 21-12 dalam pertemuan kali pertama kedua-dua pemain itu.

Menanti Jun Hao di pusingan kedua antara Chou Tien Chen dan Lin Chun Yi dari Taiwan yang akan bertemu dalam satu lagi aksi pusingan pertama hari ini.

Dalam pada itu, nasib tidak menyebelahi dua beregu negara iaitu beregu wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan beregu campuran Yap Roy King-Valeree Siow apabila terkandas seawal pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 itu hari ini.

Vivian-Chiew Sien tewas 17-21 dan 18-21 kepada beregu Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam sementara Roy King-Valeree tewas 21-19, 13-21, 18-21 kepada beregu China Jiang Zhenbang-Wei Yaxin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan