Search
Close this search box.
Sarawak tidak mengambil hak atau menguasai pengurusan minyak dan gas Petronas. Foto Petronas

Sarawak tidak ambil hak Petronas – Abang Johari

ByAkma Salleh

BETONG, 5 Jun: Sarawak tidak mengambil hak atau menguasai pengurusan minyak dan gas Petronas, tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, Sarawak berpegang kepada peruntukan dalam Perlembagaan iaitu Jadual 9 Bahagian 5, dengan menggunakan haknya untuk mencari pendapatan menerusi pelaksanaan cukai jualan.

Sarawak tidak ambil hak PETRONAS – Abang Johari | TVS

“Orang mula mengatakan tidak lama lagi Sarawak hendak menguasai semua hal berkaitan minyak. Bukan saya mengambil hak Petronas, saya tidak mengambil hak PDA (Akta Pembangunan Petroleum). Saya pun tahu mengambil hak orang itu berdosa.

“Undang-undang telah kita luluskan, kita sudah ada kuasa menguruskan gas. Pengedaran gas di Sarawak kini diuruskan oleh PETROS (Sarawak Petroleum Berhad) bukan lagi Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Betong 2024  di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, undang-undang pengagihan gas itu juga sebelum ini telah wujud sebelum penubuhan Malaysia.

“Pengagihan gas itu, kita sudah ada undang-undang sebelum penubuhan Malaysia lagi kerana di Miri sebelum ini sudah ada gas paip ke rumah. Maknanya, kita sudah pun ada undang-undang,” katanya lagi.

Jelas Abang Johari, dengan membangunkan industri minyak dan gas secara teratur dan tersusun, Sarawak berjaya merekodkan pendapatan mencecah RM13 bilion pada tahun lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan