Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Betong 2024 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Sarawak terkenal di peta dunia kerana kepimpinan Abang Johari

ByAkma Salleh

BETONG, 5 Jun: Kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyerlah membolehkan Sarawak dikenali seantero dunia, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sarawak terkenal di peta dunia kerana kepimpinan Abang Johari | TVS

Menurut Timbalan Premier Sarawak itu, Abang Johari memiliki kepimpinan yang patut dibangga rakyat kerana beliau berjaya meletakkan nama Sarawak di peta dunia menerusi pelaksanaan tenaga hijau dan wilayah ini mempunyai pendapatan yang tinggi.

“Semenjak beliau memegang jawatan sebagai Premier Sarawak, kita dapat menyaksikan pelbagai pembangunan di seluruh Sarawak, sama ada infrastruktur, ekonomi baharu dan ekonomi hijau dan banyak lagi.

“Satu hari saya melihat peta di Asia Tenggara, mengenai hidrogen, tetapi ia bukan di Kuala Lumpur, mahupun Thailand, tetapi di Kuching Sarawak. Ini adalah pencapaian yang amat kita hargai kerana beliau (Abang Johari) terkenal seluruh dunia sehingga banyak negara yang menjemput beliau untuk berucap mengenai tenaga baharu ini.

“Ia juga kerana kepimpinan beliau yang sangat berkesan, tegas dan berani termasuklah dari segi memperjuangkan hak kita dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Betong 2024 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan dif-dif kenamaan lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan