Search
Close this search box.
Baharin Osman bersama ahli-ahli keluarganya sebelum berangkat menunaikan ibadah haji pada Majlis Meraikan Jemaah Haji dari Sarawak di Hotel Rai, Kuching, malam tadi. Foto TVS

Rezeki 14 sekeluarga tunai ibadah haji serentak

KUCHING, 5 Jun: Peluang menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji bersama keluarga bukan satu peluang yang mudah untuk diperolehi.

Namun perancangan Allah begitu menarik bagi keluarga Baharin Osman apabila beliau, isteri berserta lapan orang anak dan empat menantunya memperoleh peluang menunaikan ibadah haji serentak.

Jelasnya, kurniaan Allah itu amat besar baginya sekeluarga apabila beliau memasang impian untuk menunaikan ibadah berkenaan bersama keluarganya selepas menunaikan haji bersama isteri pertama kali pada 2008.

“Setelah kami selesai mengerjakan fardu haji, balik daripada Madinah ke Mekah saya beritahu kepada isteri saya, balik nanti kami akan mendaftarkan semua anak-anak kami untuk mendapatkan giliran mengerjakan ibadah haji.

“Alhamdulillah. Kurniaan Allah itu besar dan pada malam ini (4 Jun) kami sekeluarga seramai 14 orang akan berangkat ke tanah Suci menunaikan fardu haji,” katanya ditemui pada Majlis Keberangkatan Jemaah Haji dari Sarawak di Hotel Raia di sini, malam tadi.

Baharin berkata, untuk menunaikan ibadah bersama keluarga bukan sesuatu yang datang bergolek.

Ketika tawaran menunaikan ibadah tersebut diterima, ia hanya membabitkan beliau, isteri dan lapan anaknya.

Susulan itu, menantunya, Nur Adibah Marzida Ghazali berkata, beliau bersama tiga lagi birasnya mengemukakan rayuan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membolehkan mereka turut sama menunaikan ibadah berkenaan serentak.

Keputusan yang diterima daripada pihak TH tidak serentak, sebaliknya secara berperingkat-peringkat.

“Kami semua menunggu keputusan itu dalam masa dua ke tiga minggu, ia diberikan peringkat demi peringkat.

“Ketika itu, ipar kami yang lelaki terlebih dahulu mengetahui keputusannya manakala kami yang ketiga mengetahui kepuasan itu dan ipar kami seorang lagi yang bernama Radzi orang yang terakhir mengetahui keputusan tersebut,” katanya.

Keluarga Baharin Osman yang berasal dari Bintulu itu antara 968 jemaah haji dari Sarawak yang berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka merupakan dari kumpulan terakhir jemaah haji dari Sarawak bertolak ke Kuala Lumpur menaiki pesawat pada 11.50 malam sebelum berlepas ke Jeddah Arab Saudi pada 4.45 pagi Rabu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan