Search
Close this search box.
Penduduk di Rumah Panjang Kampit, Nanga Sepitoh, Julau, diancam tanah runtuh berikutan terdapat tanah susur di belakang sebuah rumah penduduk hari ini. Foto JBPM Sarawak

Penduduk Rumah Panjang Kampit di Julau diancam tanah runtuh

JULAU, 5 Jun: Penduduk di Rumah Panjang Kampit, Nanga Sepitoh di sini, diancam tanah runtuh berikutan terdapat tanah susur di belakang sebuah rumah penduduk hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.10 petang dengan menggerakkan dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian didapati tanah susur di belakang rumah salah seorang penduduk.

“Pihak bomba memasang tali sawar-sawar dan menasihati penduduk kampung supaya berjaga – jaga semasa berlakunya hujan lebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,tiada mangsa dan tiada pemindahan yang dilakukan setakat ini.

“Pemantauan dilakukan bagi tindakan jawatan kuasa bencana daerah dan insiden tiada melibatkan sebarang kecederaan mangsa,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan