Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Majlis Sambutan Gawai Dayak Daerah Asajaya, malam tadi. Foto TVS

Naik taraf jalan raya antara tumpuan IRSDA

ASAJAYA, 5 Jun: Pembesaran jalan raya merupakan antara projek dilaksanakan kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata aliran trafik yang lancar akan memudahkan penduduk menjalankan urusan harian yang secara tidak langsung menyumbang terhadap pembangunan sosioekonomi.

“Pembangunan dalam kawasan Samarahan adalah yang antara paling besar di Sarawak, kerana dalam kawasan ini, kita ada satu agensi pembangunan yang dipanggil IRSDA.

“Agensi ini diberi amanah untuk mengatur pembangunan dalam keseluruhan bahagian Samarahan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Gawai Daerah Asajaya 2024 di sini, malam tadi.

Abdul Karim yang juga Pengerusi IRSDA berkata kawasan-kawasan di bawah kawal-seliaan IRSDA antaranya termasuklah Sebuyau, Muara Tuang, Asajaya, Stakan, Simunjan dan Gedong kini mengecapi pembangunan sosioekonomi.

“Di kawasan Sebuyau, kita boleh melihat benteng untuk menahan air laut masuk ke dalam kawasan dibina yang memakan kos lebih kurang RM600 juta.

“Ekoran daripada benteng yang telah dibuat, perparitan yang kita aturkan, kawasan-kawasan yang dahulu tidak dapat ditanam dengan tanaman, pada hari ini sudah dapat digunakan kerana tanah itu boleh mendatang hasil kepada penduduk-penduduk setempat,” katanya lagi.

Mengenai majlis itu, lebih 400 penduduk Kampung Sampun Kelili Asajaya serta sekitarnya hadir.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata dan Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan