Search
Close this search box.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melahirkan lebih 60,000 usahawan yang mencipta 68,000 peluang pekerjaan setakat ini. Foto, MARA (FB).

MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan

ByBernama

KANGAR, 5 Jun: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melahirkan lebih 60,000 usahawan yang mencipta 68,000 peluang pekerjaan setakat ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman berkata agensi itu menyediakan ekosistem keusahawan yang lengkap merangkumi pelbagai pembangunan antaranya modal insan dan kemudahan sokongan seperti pembiayaan premis perniagaan.

“Melalui inisiatif pembangunan yang dilaksanakan MARA kepada usahawan khususnya wanita telah berjaya memperkasakan komuniti usahawan wanita serta meneroka pasaran domestik dan mampu membawa produk ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan sempena majlis penutup program Women In Search of Excellence (WISE) di sini.

Majlis penutup itu disempurnakan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, semalam. Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu Zulfikri berkata program WISE bertemakan ‘Memperkasa Wanita Dalam Perniagaan’ itu merupakan usahasama bersama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) sebagai antara agenda pemerkasaan usahawan wanita yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Beliau berkata 3,222 usahawan Perlis direkod mencatatkan hasil jualan kasar mencecah RM273.6 juta pada tahun lepas serta memberikan peluang pekerjaan kepada 1,950 orang di negeri itu.

“Setiap tahun semua usahawan di Perlis ada peningkatan pendapatan kerana kita telah beri pelbagai inisiatif antaranya dengan menyediakan 342 lot perniagaan untuk disewa dengan harga sangat kompetitif,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan