Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Bahagian Betong 2024, di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Lebih RM 1.4 bilion diluluskan untuk pembangunan Betong – Abang Johari

ByAkma Salleh

BETONG, 5 Jun: Lebih RM1.4 bilion diluluskan kerajaan untuk pelaksanaan pembangunan di Betong, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, peruntukkan itu telah diagihkan kepada Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Lebih RM1.4 bilion diluluskan untuk pembangunan Betong | TVS

“Kita tubuhkan BDDA, berdasarkan angka yang ada pada saya untuk pembangunan infrastruktur yang telah diluluskan di bawah BDDA ada 67 projek melibatkan lebih RM552 juta.

“Manakala pembangunan sosial dan wanita ada 45 projek (lebih RM348 juta), pertanian 42 projek (lebih RM255 juta), perniagaan dan perusahaan 32 projek (RM 130 juta), pelancongan serta alam sekitar, 13 projek (RM98 juta) dan untuk utiliti dan komunikasi pula terdapat sembilan projek membabitkan lebih RM34 juta. Jadi semuanya lebih kurang RM1.4 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngabang Gawai Dayak Bahagian Betong 2024, di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata, peruntukkan yang ada itu adalah hasil daripada pendapatan negeri Sarawak, selain hasil kerjasama pemimpin dan rakyat.

“Ini bukan ikut nasib, kita kerja keras. Dalam hal mencari dana kita mesti bersatu dan politik mesti stabil,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan