Search
Close this search box.
Minyak diesel yang dirampas dalam serbuan PGA di Bintangor pada Rabu.

Kegiatan seleweng minyak diesel di Bintangor terbongkar

BINTANGOR, 5 Jun: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu berjaya membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi melalui rampasan bernilai RM34,400 dari sebuah rumah di sini, hari ini.

Kes yang melibatkan 16,000 liter diesel itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei sebagai tindakan lanjut.

Ketua Cawangan KPDN Sarikei, Mohamad Zawawi berkata, turut dirampas sebuah lori tangki, sebuah kenderaan pacuan empat roda, 18 unit tangki IBC dan pam elektrik dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM119,980.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu memiliki barangan kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan.

‘”Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua untuk sesuatu pertubuhan perbadanan.

“Manakala bagi orang perseorangan didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM 3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sehubungan itu, KPDN memberi amaran keras dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang terlibat menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Pada masa yang sama, sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan melalui 019-848 8000 / 019-279 431 atau Portal Aduan; e-aduan.kpdn.gov.myiii. Call Centre 1-800-886-80, dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan