Search
Close this search box.
Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bersama warga PDRM dalam Program Zumba dan Perlawanan Persahabatan Bola Jaring Kontinjen Sarawak. Foto, Marzella Sigai (TVS)

Isteri TYT turun padang sertai program zumba, bola jaring anjuran PDRM

ByMarzella Sigai

KUCHING, 5 Jun: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak telah menganjurkan Program Zumba dan Perlawanan Persahabatan Bola Jaring antara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, IPD Padawan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Menurut Penasihat Konverner Bola Jaring Kontinjen Sarawak merangkap Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Asisten Komisioner Roselina Daud, ia juga sebagai persiapan untuk Kejohanan Bola Jaring Piala Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak yang akan diadakan pada 11 sehingga 13 Jun 2024.

Toh Puan Fauziah sertai program anjuran PDRM Sarawak | TVS

“Untuk program hari ini kita ada tiga pasukan yang bersama-sama untuk perlawanan persahabatan bola jaring iaitu kita ada daripada IPD Kuching, IPD Padawan dan IPK Kontinjen Sarawak, yang mempunyai hampir 50 peserta yang mengambil bahagian.

“Tujuan kita mengadakan program ini adalah juga sebagai persiapan untuk kita membuat pemilihan, pemain-pemain yang akan mewakili pasukan bola jaring kontinjen Sarawak untuk Kejohanan Bola Jaring Ketua Polis Negara yang akan diadakan di Terengganu pada 3 hingga 6 Julai yang akan datang,” katanya ketika ditemui TVS pada program itu hari ini.

Pada program itu anggota polis turut berpeluang beramah mesra dengan isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang merupakan tetamu kehormat.

Toh Puan Fauziah turut turun padang menyertai aktiviti yang telah dijalankan serta menonjolkan bakat beliau dalam perlawanan bola jaring dengan mewakili pasukan IPD Kuching menentang IPD Padawan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan