Search
Close this search box.
Skuad kabaddi Sarawak menjalani latihan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, di sini, baru - baru ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Dulu kami ‘underdog’ SUKMA, kini pencabar utama untuk emas – Kabaddi Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 Jun: Skuad kabaddi Sarawak menyasarkan untuk menang pingat emas buat kali pertama tahun ini sejak sukan itu mula dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 di Terengganu.

Jurulatihnya, Muhammad Syukran Wahab berkata, sasaran itu tampak realistik susulan prestasi semasa yang ditampilkan anak buahnya.

Selain itu kata beliau, mereka juga melakukan persiapan awal sejak tahun lalu dan turut berharap faktor kelebihan beraksi di tempat sendiri.

“Para pemain kita sudah lama berlatih bersama, keserasian antara mereka dalam pasukan ini memang tidak dapat dipersoalkan kerana sudah setahun berlatih.

“Saya lihat semangat sebagai satu pasukan itu sudah ada dan ini merupakan perkara positif yang membantu kita untuk beraksi dengan baik nanti,”katanya ketika ditemui TVS semasa latihan skuad kabaddi Sarawak di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, di sini, baru – baru ini.

Pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, Sarawak sekadar meraih dua gangsa.

Mengenai kelebihan lain dimiliki, Muhammad Syukran berkata, pemainnya memiliki tahap kecergasan yang baik.

“Pihak kejurulatihan sentiasa menekankan aspek kekuatan otot, ketangkasan dan tumpuan dalam latihan bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya.

“Dulu kita ‘underdog’ tetapi kini kita pencabar utama kejuaraan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Muhammad Syukran berkata, pasukannya yang dibarisi pemain berpengalaman dan muka baharu telah menerima pendedahan di Thailand pada bulan lepas dengan ‘berguru’ bersama skuad kabaddi kebangsaan negara itu selama seminggu.

Dalam pada itu, kapten pasukan kabaddi wanita Sarawak, Nur Ismahani Isnizam mengakui dia dan rakan-rakannya sudah bersedia dan tidak sabar untuk beraksi pada SUKMA nanti.

“Sejak kekalahan dengan Selangor di peringkat separuh akhir pada SUKMA 2022, kami kini lebih bersemangat untuk bangkit dan sudah bersedia dalam 85 peratus untuk SUKMA kali ini disebabkan sudah menjalani latihan setiap hari dalam tempoh setahun ini.

“Persiapan kali ini lebih rapi dengan kami mempunyai kelengkapan latihan yang cukup beberbanding 2022,” katanya.

Bagi kapten pasukan kabaddi lelaki Sarawak,Wan Faizuddin Wan Abdul Rahman pula, meskipun sedar bakal berdepan laluan sukar, dia dan rakan-rakannya berkeyakinan tinggi mampu mengatasi cabaran dari negeri lain.

“Bagi kami, pencabar utama adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sebab mereka mempunyai pengalaman yang luas dan banyak menyertai kejohanan berbanding kami.

“Namun begitu, kami yakin mampu memberikan cabaran disebabkan pasukan ini sudah dibentuk dalam tempoh yang lama,” katanya.

SUKMA Sarawak yang berlangsung dari 17 hingga 2024 Ogos menyaksikan acara kabaddi akan dilangsungkan di Lundu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan