Search
Close this search box.
Tiga individu bersama kerbau yang cuba dibawa masuk ke Sarawak dari Sabah menggunakan jalan laut. Foto Maritim Malaysia

Cubaan bawa masuk kerbau tanpa permit ke Sarawak gagal

BySaibi Gi

MIRI, 5 Jun: Cubaan membawa masuk lima ekor kerbau hidup ke Sarawak tanpa permit pemindahan haiwan ternakan dari Sabah gagal apabila dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata pihaknya menahan sebuah bot penumpang pada kedudukan 3.1 batu nautika selatan Tanjung Perapat disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) dan (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar (VPHO) 1999 pada Selasa.

“Bot penumpang itu ditahan pada sekitar 10.45 pagi oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di perairan Lawas,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, bot penumpang berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong serta dua awak-awak yang kesemuanya warga tempatan.

Bot penumpang bersama kesemua kru diiring ke Jeti Pejabat Daerah Lawas sebelum diserahkan kepada Pegawai Jabatan Veterinar Sarawak untuk tindakan lanjut, jelasnya.

“Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pesalah yang ingkar,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan