Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini tiba di Betong bagi menghadiri Majlis Ngabang Gawai Betong 2024. Foto, Akma Salleh (TVS).

Abang Johari hadiri Majlis Ngabang Gawai Betong 2024

ByAkma Salleh

BETONG, 5 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di sini bagi menghadiri Majlis Ngabang Gawai Betong 2024.

Ini merupakan ‘ngabang’ kali pertama dihadiri oleh Abang Johari di Betong.

Ketibaan beliau pada pukul 11.48 pagi diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban.

Turut menyertai sambutan di sini ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Tetamu kenamaan lain termasuklah mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu dan ADUN Layar, Dato Gerald Rentap Jabu.

Majlis di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan ini berlangsung meriah apabila dihadiri lebih 1,000 pengunjung. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan